Sabda Rasulullah SAW;
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).” [Riwayat At-Tirmizi: 1493]
Ibadah Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Inilah sebab mengapa ibadah korban sangat dituntut dilaksankan setiap tahun kerana ia merupakan amalan yang dicintai Allah.
Hukum ibadah korban ke atas umat Islam adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan ialah orang yang mampu berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.
Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya. Sabda Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.
Ihsan Korban merupakan program Ibadah Korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Ihsan Madani. Program ni menyediakan platform kepada orang ramai untuk melaksankan Ibadah Korban dan berkongsi rezeki kepada saudara-saudara muslim kita yang memerlukan.
Dikuasakan Oleh: www.ihsanmadani.org